________H to the E to the L to the L to the O ________

Wednesday, December 14, 2011

life and the imperfections .



Assalamualaikum everyone. acece, macam lah ramai yang baca blog aku. kuikui. malas lerr nak intro banyakk sebab entry ni lebih panjang. semalam Superheartbeat ada ajak aku video call dengan dia tapi aku reject. bodoh ke pandai ? 

sekian lama aku mengharap kan dia tup tup aku pergi reject. haha. no lah. semalam aku tak guna lappy. so didn't have any webcam. suggestion yang kawan aku kasi, sambung cable ke fon aku. haha. sengal betul dia ni kan. ayat last yang dia kasi, " InsyaAllah dengan izin Tuhan, kita dapat webcam ". harhar >< second reasons why aku reject, sebab aku tak sanggup tengok muka dia. takut terharu. unexpected lah kan tetiba je dia contact aku. ingatkan nak ikut je telunjuk manusia tu. macam tak boleh buat keputusan sendiri. woiy sayang comel cun handsome, awak dah besar. perlu ke biarkan hidup awak kena control dengan orang yang takde mengena langsung ? fiuh. --'

this week, aku rapat dengan Kebal. nak kata rapat, tak lah sangat. tapi boleh tahan lah. even umur dia dah 19 pun, aku senang dengan dia. takde masalah. takde lah macam budak budak yang aku kenal sebelum ni, yang sememangnya tak matured. sorry to say.

tadi dia ada call. lama gila borak dengan dia. call duration - 01:53:16. fuyoo. panas telinga haha O.o mula mula tu dia story pasal dia kecik kecik dulu. memang cukup nakal. masa dia form four dah buat kerja jahat yang menguntungkan. haha. duit yang penting. manusia kan :> habis borak pasal hidup dia, dia story pasal bestfriend dia.

pernah tak baca or terdengar berita pada tahun 2009 tentang kematian seorang budak form five kat Besut ? sebuah family pulang ke kampung menaiki dua buah kenderaan. excident dianggarkan pukul 11.45. ayah arwah ada terpijak kaca masa drive tapi tak sedar yang kaca tu sebenarnya datang daripada kereta anak dia yang excident sebab masetu gelap. 

arwah budak sekolah aku tapi aku tak sempat kenal dia pun. arwah Izzati ni lah kawan baik Kebal. sedih sangat dengar cerita dia tadi. arwah Izzati naik kereta abang dia. kereta Myvi. masetu abang dia yang drive. arwah Izzati dengan adik dia naik kereta yang sama. abang dia memotong lori kat depan tapi tak sedar yang kat depan lori tu, ada sebuah lagi kereta. unfortunately, kereta arwah kena lenyek dengan lori tu. arwah Izzati dengan adik dia meninggal. Alhamdulillah, abang dia selamat. ayah arwah dapat call yang anak dia excident masa dah sampai kat kampung. dah dengar anak excident, memang lerr u-turn balik kan.

nak dijadikan cerita, malam tu Kebal charge fon. dia silentkan fon dia. so langsung tak sedar call & text yang masuk. sampailah dia pergi cek fon then tengok banyak gila misscall and message. ada orang call dia cakap arwah excident. tapi dia tak percaya. then ada sorang lagi call, cakap Izzati dah meninggal. memang terkejut gila bangang Kebal. masetu, credits pulak takde. terpaksa dia jalan kaki pergi kedai runcit. tak sempat keluar dari kedai, dia call kawan baik Izzati, boyfriend Izzati. sebak dia. kawan baik Izzati mengesahkan yang Izzati memang dah meninggal. tapi boyfriend dia langsung tak percaya. Kebal suruh Amir, boyfriend Izzati datang rumah dia. masetu pukul 2 pagi. sampai kat rumah Kebal, dia masuk dalam bilik Kebal. diorang langsung tak bercakap. otak blank gila. dua dua orang dah macam hilang semangat. menda yang diorang buat masetu, cuma smoking. * laki, biaselahh kan * Kebal call semua kawan dia, nak mintak tolong pinjamkan kereta. tapi seorang pun tak kasi pinjam. diorang amik keputusan, pergi Besut naik motor. actually, maseni bulan puasa. puasa ke 20.

sampai kat rumah arwah, Kebal dengan Amir pergi masuk dalam rumah. jenazah pertama yang Kebal tengok, adik arwah. Kebal tak sanggup nak buka jenazah kedua. Amir yang pergi buka. Amir merangkap teman lelaki arwah menatap sayu jenazah. lama sangat dia tatap. sampailah Kebal tenangkan Amir. Kebal bagitahu aku, wajah jenazah lain sangat. hasil daripada excident tu lah. adik arwah putus tangan. masyaAllah, tak boleh bayangkan macam mana parah nya jenazah.

sehari sebelum kejadian ni berlaku, Kebal jumpa Amir, arwah Izzati dengan kawan arwah seorang lagi dekat kelas tuisyen. Mula mula Kebal masuk kat dalam kelas, Kebal langsung tak nampak yang arwah ada jugak kat dalam kelas tu. Masa duduk kat Amir, barulah dia perasan yang arwah Izzati duduk kat depan dia. Kebal bagitahu, malam tu cantik sangat muka arwah. macam ada cahaya. apa yang pelik, arwah tak pernah pakai tudung warna putih. malam tu, arwah pakai tudung warna putih, baju kurung kesukaan arwah. balik tuisyen, Kebal nak tumpang arwah balik rumah. kebiasaannya, arwah tak pernah parking kereta kat belakang bangunan Kasut You tu, tapi malam tu elok elok je dia pergi parking. hairan jugak Kebal tengok tapi buat tak tahu jelah. sampai kat rumah Kebal, berat sangat hati dia nak tinggal arwah Izzati. sempat jugak dia pesan kat arwah, " Izzati, esok exam Addmaths tu pastu petang kita pergi bazar Ramadhan, okay ? ". arwah kebiasaannya memang excited bab bab Addmaths sebab dia minat sangat. almaklumlah, maseni kan Percubaan SPM 2009. tapi, arwah jawab sahutan Kebal dengan nada yang tak bersemangat langsung. esoknya, selesai exam Addmaths diorang pergi bazar Ramadhan. diorang dah janjikan. kebiasaannya, Kebal dengan arwah berlawan sape paling banyak beli makanan. haritu sekali, Kebal beli sampai 20 jenis makanan. sebab nak menang je. haha. tapi petang tu, arwah beli makanan tak sampai 10 jenis. arwah beli dalam 3 jenis makanan je. lagilah pelik Kebal dibuatnya.

malam tuisyen tu jugak, ada dialog berkaitan dengan adik arwah.
kawan adik arwah : kau nak mati ke ha ?
adik arwah : memang aku nak mati pun. hari Jumaat. dengan kakak aku.
Kebal : kalau nak mati, kau mati seorang seorang jelah. janganlah dengan kakak kau sekali.
Kebal langsung tak tahu yang menda tu memang betul betul akan terjadi. diorang just bergurau. sebak hati Kebal bila ingat balik kat arwah. otw balik dari bazar Ramadhan, arwah ada bagitahu yang dia dah clash dengan Amir. Kebal memang marah sangat kat arwah sebab arwah dah tolak seorang yang baik sebaik-baik kejadian. fuyoo ayat ^^ jawapan arwah cuma, " aku taknak kalau dia terluka sebab aku nanti ".

Allahuakbar. cuma Allah yang tahu macam mana perasaan Kebal dan Amir sekarang ni. Kebal jugak ada bagitahu aku, dia selalu mimpikan arwah. haritu sekali Kebal takde duit nak makan. terdetik kat hati Kebal, Ya Allah, kalaulah arwah masih ada, mesti dia kasi aku pinjam duit dia. Kebal belajar kat Mara, Perak. malam tu, dia mimpi yang arwah kasi dia pinjam duit. Kebal pun terjaga dari lena. pagi esoknya, mak Kebal call bagitahu yang mak dah bank in kan duit. mimpi Kebal semalam seolah-olah arwah kasi petunjuk kat dia. haritu Kebal ade jugak mimpi yang arwah pimpin tangan dia then tunjuk yg perempuan yang bagitahu kat Kebal dia takde boyfriend lagi sebenarnya memang dah ada boyfriend. bangkit je dari lelap, Kebal call Sya then tanya betul ke yang dia dah ada boyfriend, Sya kata memang dia dah ada boyfriend.

bulan 3 tahun ni, last Kebal mimpi pasal arwah. masetu Kebal parking kereta kat Pantai Pandak. then Myvi arwah berhenti sebelah menyebelah dengan kereta Kebal.
Kebal : eh Izzati, lama tak nampak kau.
arwah : aku tak pergi mana pun. ada kat sini je. best lah kau sempat amik SPM. aku tak sempat pun.
Kebal pun terjaga. terasa air mata mengalir. rindu sangat dia kat arwah. Kebal ada tanya kat Ustaz Azhar tentang apa yang dia mimpi. Ustaz Azhar kata, kadang-kadang kita memang dapat berkomunikasi dengan roh sebab bila kita tidur, kita berada dalam keadaan separuh sedar.

arwah Izzati dan adiknya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009, hari Jumaat, bulan Ramadhan, hari ke-20 berpuasa. mati dalam kemalangan di Besut. moga roh arwah dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah.

Saturday, December 10, 2011

life is great sometimes .

*klik untuk tumbesaran*


Assalamualaikum everyone. semua sihat ? hope everything's okay ^^ Alhamdulillah, harini aku dah baik demam. sisanya cuma selsema dengan batuk. sakit tekak yang tak tahan tu. sampai suara pun dah lain. haish, camna ni. watlekk :*

semalam aku tidur lambat sikit. lebih kurang pukul tiga lima belas minit. I'm just doing nothing. haha tengkorak hang. kawan ada mintak buatkan blog untuk dia so aku terima dengan tangan yang terbuka. kesian jugak. kawan mintak tolong, takkan nak abaikan macam tu je kot. someone ada tegur aku semalam, " amboi. sayang bebenor kat _______ ". haha. jawapan aku memang superdupercun. " memanglah Farah sayang dia. dia kawan Farah kan. and kalau awak tanya Farah sayang awak ke tak, surely Farah jawab Farah sayang ". wohoo. dengan selambanya. :DD

finally, siap pun buat blog tu tapi aku tak tahu dia suka ke tak sebab aku tak pandai sangat nak menghias. tambah lagi, bab bab taste lelaki memang aku tak pandai. jawapan dia cuma, " bereh boh, ikut mu lake ". ayoo. haha senang kerja aku :'P

petang tadi memang syok lepak kat rumah aunty. dari pagi, sampai lerr petang. layan movie kejap dengan cousin. tahu tak umur brape ? 5 tahun :3 memang best lah kawan dengan budak kecik. kejap KAK FARAH, kejap KAK FARAH. haih. takpe takpe. sabar kan sebahagian daripada iman :') balik rumah aunty, ibu ajak balik rumah satu lagi. memang dah lama tak balik rumah sana, sebab jauh. Maghrib, baru lah siap siap nak blahh.

sampai je rumah sini, fuyoo ramai gila orang >< er, actually ada mesyuarat malam ni kat rumah. pasal apa ntah. langsung tak amek kisah. naik rumah terus pegang laptop. mukabuku lah kejap. then cousin ajak pergi lepak kat restaurant depan rumah. pergi jelah. layan Horlicks segelas pastu balik.

aku nak story pasal someone. tadi aku ada main comment-II dengan budak ni. seriously otak dia gila. haha, sama macam aku. fewwit (Y) dia cakap girlfiee dia curang dengan dia. aku pun tak tahu cerita sebenar. tak nak lah tanya lebih lebih. karang tak pasal pasal dia cakap busybody. pastu adelah aku tersebut pasal karakter si M. maybe ayat aku terlalu sensitif untuk M. seriously aku tak sengaja. tadi dia ada hantar chat. ayat memang macam dia terasa.

Dear M, Farah tak sengaja. me just kidding. you know how's your friend tu kan. so Farah just layan jelah kerenah dia. langsung takde niat nak pandang rendah. Farah nak mintak maafkan. kawan awak ada tanya Farah nak mintak maaf je ke or nak ego ? Farah cakap mintak maaf, tak guna kalau nak ego. awak, Farah dah mintak maaf. Farah siap campak ego Farah. once again, sorry kalau terasa. we're just kidding. awak cakap awak okay. Farah tahu awak tak okay. sorry sorry sorry :'| maybe awak penat sebab awak kena kerja kan. jauh pulak tu. takpe, Farah faham. 

pasal sorang ni lagi, Farah just nak bagitahu yang Farah tak suka kalau awak nak control Farah macam dulu. nak tahu semua yang Farah buat. seriously rimas. please faham. I know that you wanna shows that you are really care about me but not every single thing about me, you should know. I'm not yours. sorry to say. Farah bagitahu dengan cara elok ni kan.

got to go now. ada projek 4juta tak siap lagi. hihi. bye. goodnight. Assalamualaikum :*

* rujuk di bawah *

Superheartbeat, I miss you and I really want you to know it. missing all your promises 

Friday, December 9, 2011

expression of feelings .



Assalamualaikum. how's your day everyone ? hope sihat semua ^^ minggu ni aku demam. sebab apa pun aku tak tahu. tiba tiba je haritu bangun tidur, hidung dah berair. memang dah agak dah nak demam. tapi tak tahu lah kalau malam tu aku menangis. haha. forget it. ibu ada ajak pergi clinic tapi aku hadiahkan dia dengan macam macam alasan. anak yang baguskan ? fewwit (Y)

entry kali ni aku nak story pasal someone. someone yang dah takde. someone yang dah delete aku dari hidup dia. alahai, senangnya dia tekan button remove kan ? :| awak tak payah tahu lah siapa nama dia. tak penting. actually, aku baru je kenal dia. i mean, KENARAPAT.

09 November - first text daripada dia. aku pun tak sangka dia text aku. memang sumpah aku tak percaya. seriously macam mimpi. text punya text punya text, dia cakap nak jadi BFF aku. grab the chance lah kan. hihi. bff sangatlah kononnya. lama lama, amekkaw ! scandle -oo-

okay Farah mengaku Farah sayang awak sampai lerr harini. tak sangka awak boleh kata kita dah tak boleh rapat macam dulu sebab dia marah. sape yang marah ? Farah pun tak tahu. awak tak explain semuanya. cakap pun macam nak tak nak je masetu. Farah hormat keputusan awak. redha je. mungkin kita takleh rapat dah. awak janji kita takkan putus hubungan sampai kita besar. tapi awak dah buktikan yang janji awak tu semuanya tipu. :')

awak janji awak takkan tinggal Farah sorang sorang. awak suruh Farah ingat yang awak selalu ada dengan Farah tak kira masa susah ke senang. bayang yang awak support Farah. pedulikan apa yang orang nak kata, just smile ^^ kita takkan putus hubungan. awak suruh Farah tulis number awak kat atas kertas then simpan kat dalam purse and awak pun buat menda yang sama. everynight, kena wish Goodnight. pagi, Morning. you said, don't forget the moment that we had spend together. awak ingat kan ? awak ingat kan pasal bunyi tikus ? awak cakap kalau ada orang buat bunyi tikus, jangan pandang pun kat dia. biar awak je yang buat macam tu kat Farah. awak cakap awak tak nak sayang Farah hilang untuk awak. jangan lupa awak even seminit pun. Farah tunaikan semua tu, tapi awak ? Farah rindu awak. Farah nak awak yang dulu :'| tapi semua tu dah takde.

Superheartbeat, thanks sebab dah bagi peluang kenal dengan awak. thanks sebab pernah sayang Farah. thanks sebab sudi layan kerenah Farah. thanks sebab dah bagi  Farah semangat selama ni. thanks sebab pernah amik berat pasal Farah. thanks sebab pernah halang Farah daripada buat menda tak masuk akal. thanks sebab sudi nangis hanya sebab Farah. thanks sebab sanggup habiskan masa untuk Farah. thanks sebab dah ajar Farah macam mana nak terima kehilangan seseorang. Farah hargai semua tu.

Farah tak tahu Farah salah apa. silap Farah cuma satu. FARAH TERLALU SAYANG AND PERCAYAKAN AWAK. kan ? hmmph. ada orang bagitahu, mungkin awak buat macam ni sebab awak tak nak Farah rasa kehilangan awak. Farah harap sangat menda ni betul. harap sangat awak. hope, one day kita jumpa lagi eh ? Farah nak tengok awak macam mana dah. 6 tahun lagi Farah kena tunggu. tapi takpe, untuk awak. that's all for today. take care, Assalamualaikum :D

 Farah janji takkan lupa kan awak and tetap sayang awak sampai bila bila. I Love You, My Superheartbeat