________H to the E to the L to the L to the O ________

Wednesday, December 14, 2011

life and the imperfections .



Assalamualaikum everyone. acece, macam lah ramai yang baca blog aku. kuikui. malas lerr nak intro banyakk sebab entry ni lebih panjang. semalam Superheartbeat ada ajak aku video call dengan dia tapi aku reject. bodoh ke pandai ? 

sekian lama aku mengharap kan dia tup tup aku pergi reject. haha. no lah. semalam aku tak guna lappy. so didn't have any webcam. suggestion yang kawan aku kasi, sambung cable ke fon aku. haha. sengal betul dia ni kan. ayat last yang dia kasi, " InsyaAllah dengan izin Tuhan, kita dapat webcam ". harhar >< second reasons why aku reject, sebab aku tak sanggup tengok muka dia. takut terharu. unexpected lah kan tetiba je dia contact aku. ingatkan nak ikut je telunjuk manusia tu. macam tak boleh buat keputusan sendiri. woiy sayang comel cun handsome, awak dah besar. perlu ke biarkan hidup awak kena control dengan orang yang takde mengena langsung ? fiuh. --'

this week, aku rapat dengan Kebal. nak kata rapat, tak lah sangat. tapi boleh tahan lah. even umur dia dah 19 pun, aku senang dengan dia. takde masalah. takde lah macam budak budak yang aku kenal sebelum ni, yang sememangnya tak matured. sorry to say.

tadi dia ada call. lama gila borak dengan dia. call duration - 01:53:16. fuyoo. panas telinga haha O.o mula mula tu dia story pasal dia kecik kecik dulu. memang cukup nakal. masa dia form four dah buat kerja jahat yang menguntungkan. haha. duit yang penting. manusia kan :> habis borak pasal hidup dia, dia story pasal bestfriend dia.

pernah tak baca or terdengar berita pada tahun 2009 tentang kematian seorang budak form five kat Besut ? sebuah family pulang ke kampung menaiki dua buah kenderaan. excident dianggarkan pukul 11.45. ayah arwah ada terpijak kaca masa drive tapi tak sedar yang kaca tu sebenarnya datang daripada kereta anak dia yang excident sebab masetu gelap. 

arwah budak sekolah aku tapi aku tak sempat kenal dia pun. arwah Izzati ni lah kawan baik Kebal. sedih sangat dengar cerita dia tadi. arwah Izzati naik kereta abang dia. kereta Myvi. masetu abang dia yang drive. arwah Izzati dengan adik dia naik kereta yang sama. abang dia memotong lori kat depan tapi tak sedar yang kat depan lori tu, ada sebuah lagi kereta. unfortunately, kereta arwah kena lenyek dengan lori tu. arwah Izzati dengan adik dia meninggal. Alhamdulillah, abang dia selamat. ayah arwah dapat call yang anak dia excident masa dah sampai kat kampung. dah dengar anak excident, memang lerr u-turn balik kan.

nak dijadikan cerita, malam tu Kebal charge fon. dia silentkan fon dia. so langsung tak sedar call & text yang masuk. sampailah dia pergi cek fon then tengok banyak gila misscall and message. ada orang call dia cakap arwah excident. tapi dia tak percaya. then ada sorang lagi call, cakap Izzati dah meninggal. memang terkejut gila bangang Kebal. masetu, credits pulak takde. terpaksa dia jalan kaki pergi kedai runcit. tak sempat keluar dari kedai, dia call kawan baik Izzati, boyfriend Izzati. sebak dia. kawan baik Izzati mengesahkan yang Izzati memang dah meninggal. tapi boyfriend dia langsung tak percaya. Kebal suruh Amir, boyfriend Izzati datang rumah dia. masetu pukul 2 pagi. sampai kat rumah Kebal, dia masuk dalam bilik Kebal. diorang langsung tak bercakap. otak blank gila. dua dua orang dah macam hilang semangat. menda yang diorang buat masetu, cuma smoking. * laki, biaselahh kan * Kebal call semua kawan dia, nak mintak tolong pinjamkan kereta. tapi seorang pun tak kasi pinjam. diorang amik keputusan, pergi Besut naik motor. actually, maseni bulan puasa. puasa ke 20.

sampai kat rumah arwah, Kebal dengan Amir pergi masuk dalam rumah. jenazah pertama yang Kebal tengok, adik arwah. Kebal tak sanggup nak buka jenazah kedua. Amir yang pergi buka. Amir merangkap teman lelaki arwah menatap sayu jenazah. lama sangat dia tatap. sampailah Kebal tenangkan Amir. Kebal bagitahu aku, wajah jenazah lain sangat. hasil daripada excident tu lah. adik arwah putus tangan. masyaAllah, tak boleh bayangkan macam mana parah nya jenazah.

sehari sebelum kejadian ni berlaku, Kebal jumpa Amir, arwah Izzati dengan kawan arwah seorang lagi dekat kelas tuisyen. Mula mula Kebal masuk kat dalam kelas, Kebal langsung tak nampak yang arwah ada jugak kat dalam kelas tu. Masa duduk kat Amir, barulah dia perasan yang arwah Izzati duduk kat depan dia. Kebal bagitahu, malam tu cantik sangat muka arwah. macam ada cahaya. apa yang pelik, arwah tak pernah pakai tudung warna putih. malam tu, arwah pakai tudung warna putih, baju kurung kesukaan arwah. balik tuisyen, Kebal nak tumpang arwah balik rumah. kebiasaannya, arwah tak pernah parking kereta kat belakang bangunan Kasut You tu, tapi malam tu elok elok je dia pergi parking. hairan jugak Kebal tengok tapi buat tak tahu jelah. sampai kat rumah Kebal, berat sangat hati dia nak tinggal arwah Izzati. sempat jugak dia pesan kat arwah, " Izzati, esok exam Addmaths tu pastu petang kita pergi bazar Ramadhan, okay ? ". arwah kebiasaannya memang excited bab bab Addmaths sebab dia minat sangat. almaklumlah, maseni kan Percubaan SPM 2009. tapi, arwah jawab sahutan Kebal dengan nada yang tak bersemangat langsung. esoknya, selesai exam Addmaths diorang pergi bazar Ramadhan. diorang dah janjikan. kebiasaannya, Kebal dengan arwah berlawan sape paling banyak beli makanan. haritu sekali, Kebal beli sampai 20 jenis makanan. sebab nak menang je. haha. tapi petang tu, arwah beli makanan tak sampai 10 jenis. arwah beli dalam 3 jenis makanan je. lagilah pelik Kebal dibuatnya.

malam tuisyen tu jugak, ada dialog berkaitan dengan adik arwah.
kawan adik arwah : kau nak mati ke ha ?
adik arwah : memang aku nak mati pun. hari Jumaat. dengan kakak aku.
Kebal : kalau nak mati, kau mati seorang seorang jelah. janganlah dengan kakak kau sekali.
Kebal langsung tak tahu yang menda tu memang betul betul akan terjadi. diorang just bergurau. sebak hati Kebal bila ingat balik kat arwah. otw balik dari bazar Ramadhan, arwah ada bagitahu yang dia dah clash dengan Amir. Kebal memang marah sangat kat arwah sebab arwah dah tolak seorang yang baik sebaik-baik kejadian. fuyoo ayat ^^ jawapan arwah cuma, " aku taknak kalau dia terluka sebab aku nanti ".

Allahuakbar. cuma Allah yang tahu macam mana perasaan Kebal dan Amir sekarang ni. Kebal jugak ada bagitahu aku, dia selalu mimpikan arwah. haritu sekali Kebal takde duit nak makan. terdetik kat hati Kebal, Ya Allah, kalaulah arwah masih ada, mesti dia kasi aku pinjam duit dia. Kebal belajar kat Mara, Perak. malam tu, dia mimpi yang arwah kasi dia pinjam duit. Kebal pun terjaga dari lena. pagi esoknya, mak Kebal call bagitahu yang mak dah bank in kan duit. mimpi Kebal semalam seolah-olah arwah kasi petunjuk kat dia. haritu Kebal ade jugak mimpi yang arwah pimpin tangan dia then tunjuk yg perempuan yang bagitahu kat Kebal dia takde boyfriend lagi sebenarnya memang dah ada boyfriend. bangkit je dari lelap, Kebal call Sya then tanya betul ke yang dia dah ada boyfriend, Sya kata memang dia dah ada boyfriend.

bulan 3 tahun ni, last Kebal mimpi pasal arwah. masetu Kebal parking kereta kat Pantai Pandak. then Myvi arwah berhenti sebelah menyebelah dengan kereta Kebal.
Kebal : eh Izzati, lama tak nampak kau.
arwah : aku tak pergi mana pun. ada kat sini je. best lah kau sempat amik SPM. aku tak sempat pun.
Kebal pun terjaga. terasa air mata mengalir. rindu sangat dia kat arwah. Kebal ada tanya kat Ustaz Azhar tentang apa yang dia mimpi. Ustaz Azhar kata, kadang-kadang kita memang dapat berkomunikasi dengan roh sebab bila kita tidur, kita berada dalam keadaan separuh sedar.

arwah Izzati dan adiknya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009, hari Jumaat, bulan Ramadhan, hari ke-20 berpuasa. mati dalam kemalangan di Besut. moga roh arwah dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment